Followers

Friday, December 17, 2010

Kekalutan dan kegawatan politik semasa kian parah. Satu demi satu berita yang sampai ke telinga kita menyebabkan kita sesak nafas. Isu-isu semasa banyak yang diputarbelitkan oleh media massa. Rakyat masih ramai yang percaya kepada kitab-kitab kerajaan dan radio tv milik mereka! Pemimpin-pemimpin PR sering jadi mangsa dan dimanipulasikan begitu rupa hingga terlihat seolah yang batil itu benar dan yang benar itu batil! Hanya dengan penyampaian ceramah-ceramah rakyat dapat didedahkan dengan maklumat yang sebenar walaupun dalam setiap ceramah tersebut ada sahaja mata-mata kerajaan yang setia mengikuti kita walau ke mana sahaja.  

Baru-baru ini Pas BD telah didatangi oleh  YB Khalil Idham Lim,ADUN Titi Serong.Sebenarnya beliau menggantikan YB Salahuddin Ayob yang tidak dapat hadir kerana beliau masih berada di Parlimen yang  bersidang sehingga ke malamnya.Justeru  YB Idham Lim telah diundang untuk memberikan ceramah tentang isu-isu semasa sekaligus merasmikan markaz baru Pas Cawangan di Kg Teluk Penikam,Pasang Api. Rumah tersebut diwarisi oleh En.Hatim ,seorang peguam yang kini menetap di Ipoh. Pihak Pas BD sangat berbesar hati kerana beliau telah mewakafkan rumah pusaka orangtuanya itu sebagai markas untuk dimanfaatkan di Pas Cawangan..

Antara yang disentuh oleh YB  Idham ialah isu "ancak" MB (tidak sah) Zambri yang ditayangkan di LCD  begitu menarik minat tetamu yang hadir..Juga tentang pemalsuan kes pmbunuhan Altantuya yang sangat misteri itu! Tentang kenaikan harga minyak , kes liwat DS Anwar Ibrahim dan beberapa lagi isu yang sedang panas diperkatakan sekarang. Apakah kita masih mahu mengekalkan kerajaan yang ada pada hari ini? Apakah keistimewaan yang dapat dikongsi oleh penyokong-penyokong UMNO@BN? "Mereka ini tak ubah seperti steamroll yang buat jalan tu...bila jalan dah siap,steamroll tu bukan boleh  lalu lalang atas jalan dah! sbb dreba steamroll mana ada Lesen????" Demikian sinis YB Idham mengkiaskan perumpamaan terhadap penyokong-penyokong BN...


YB Idham Lim

Ketua DMP BD(tengah) bersama isteri YB Idham bertudung biru,kanan sekali Ketua DMP Caw SG Balai Darat


Semoga ada manfaatnya kepada hadirin hadirat yang hadir pada malam itu...Takbir!

Gembira!



Hidup ini bersulam-sulam. Sekejap kita ketawa sekejap kita menangis kerna itulah lumrahnya alam ciptaan Tuhan. DMP BD kali ini turut sama merasakan kegembiraan yang dikongsi bersama salah seorang Unit Amal BD yang sangat dedikasi. Beliau juga merupakan seorang guru KAFA yang bertugas di SAR Sulaimaniyah,Simpang Empat Rungkup. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Amir Hamzah bin Ibrahim dan pasangannya Mila! DMP BD mendoakan semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke anak cucu..Walaupun halamannya bertukar menjadi sawah akibat hujan yang turun lebat pada petang dan malam sebelumnya namun itu semua tidak menjadi halangan kepada para tetamu yang hadir..Ada hikmahnya kerana Amir Hamzah benar-benar menjadi Raja pada hari tersebut!
Pada 10hb.Disember yang lepas,  muslimat BD juga sempat menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Noor b Abd Rahman yang tinggal di Simpang 3,Selekoh. Di pagi yang sama Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa pulang dari hospital Teluk Intan. Atas nasihat doktor keluarga Allahyarham telah membawanya pulang kerana kuman telah merebak hingga ke otak. Muslimat merakamkan rasa simpati kepada keluarga Allahyarham di atas kembalinya ketua rumahtangga yang disayangi. Masyarakat setempat telah kehilangan seorang sahabat dan juga seorang peniaga @ pembekal daging ayam yang berhemah tinggi. Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bagan Datoh. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan dihimpunkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman. Al_Fatehah!
YDP Bgn Datoh Ustz Misbah turut sama mengangkat jenazah

Muslimat pun sama-sama memberikan khidmat  mereka
Assalamua'alaikum semua. Di sini kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Hajah Rahimah,yang lebih dikenali masyarakat setempat sebagai Mbah Cilik. Arwah telah pun pergi meninggalkan kita  pada 12hb.Disember yang lalu,kira-kira jam 7 pg di kediamannya di Parit 1,Sungai Sumun. Selama hayatnya arwah telah banyak berjasa dalam membantu masyarkat sekitar dengan kebolehannya sebagai tukang urut. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah!

Sunday, December 5, 2010

Seperti yang telah dirancang, hari ini Pas Kaw BD menyambung lagi OKP @ Operasi Ketuk Pintu sesi yang ke 3. Pada kira-kira jam 830 pagi semua sukarelawan telah pun berada di markas Selekoh untuk mendengar taklimat oleh Pengarah Pilihanraya Kaw,Tuan Hj Aris Bakri dan juga Pengarah MTD Dun Rungkup, Ustaz Hj Shairozi Imam. Alhamdulillah pada sesi ke 3 ini jumlah sukarelawan nampaknya ada pertambahan jika dibandingkan dengan sesi yang telah lalu..
 
Antara kawasan@ cawangan yang telah dikenalpasti untuk OKP kali ini ialah di sekitar Simpang 3, Sungai Tiang Darat, Tebuk Imam, Parit Serong, Selekoh,Sg Hj Muhammad dan Sg Batang.  Muslimat telah berpecah kepada dua group. Ketua DMP,Puan Rahimah menghala ke Parit Serong manakala Puan Zaleha dan Puan Rosilawati menuju ke Kg Sg Batang . Di sana mereka berdua telah ditunggu oleh penunjuk jalan  iaitu Ketua Muslimat Caw, Puan Noriah Ihsan.Kebanyakan rumah ahli yang mereka kunjungi ,rata-ratanya pengundi baru tidak ada di rumah kerana mereka tinggal di perantauan. Bagi mencapai jumlah yang telah disasarkan pihak muslimat telah mendapatkan maklumat tentang anak-anak ini melalui ibubapa mereka yang berada di rumah.
 
Dalam satu kunjungan di salah sebuah rumah, muslimat sangat berterima kasih kepada ketua keluarga tersebut kerana beliau telah menyimpan semua salinan kad pengenalan anak-anaknya yang bekerja di luar. Selain dari memudahkan kerja-kerja muslimat dalam gerak kerja seperti ini, langkah bijak si ayah tadi sangat wajar dijadikan ikutan oleh kita semua. Di rumah yang seterusnya pula muslimat diusik oleh seorang warga emas dalam lingkungan 80an.." kamu semua ni datang pasal nak undi-undi ya?" " ya pakcik...kenapa?" " nanti undi yang akan datang, saya nak pangkah BN..boleh tak?" Muslimat tersengeh-sengeh dibuatnya," kenapa pulak Pakcik?" " dah puluhan tahun mangkah Pas, tapi tak menang-menang pun..." " kena pangkah  Pas lagi la Pakcik,bagi menang...Pas tetap berjuang walaupun kita selalu kalah.. ni nak bagi menang la kami datang cari pengundi-pengundi baru..." Beliau hanya tersenyum mempamerkan beberapa batang giginya yang masih tinggal!

menyemak nama-nama di dalam senarai ssdp

Haji Jalil menyimpan semua dokumen keluarga dalam 1 envelop
6 orang anak Haji Jalil yang telah didaftarkan

Puan Noriah mengambil maklumat pengundi baru

Puan Noriah & Puan Zaleha di rumah Puan Mukminah

Yang paling menarik tentang OKP tengahari tadi ialah beberapa orang muslimat yang sempat ditemui menceritakan kepada DMPK bahawa semalam mereka telah ditemubual melalui telefon oleh seseorang yang mengaku pegawai dari Jabatan Perangkaan..Antara soalan-soalan yang ditanya ialah "apa pandangan anda tentang PM kita? Apa pandangan anda tentang Menteri Besar Perak sekarang? Bagaimana pula dengan BN? Adakah masih relevan lagi untuk memerintah Malaysia?" Wah! Inikah petanda-petandanya pilihanraya umum semakin hampir? Apa pun jawapannya bagi soalan tersebut, muslimat BD telah menyusun langkah dan sentiasa siap siaga menanti tibanya berita parlimen telah dibubar!!! Hassan al-Banna  telah berwasiat : Janganlah kamu biarkan sehari pun harimu berlalu tanpa berbuat kerja untuk Islam..Takbir!!!










Friday, December 3, 2010

Cuti sekolah telah pun bermula. Dalam kegembiraan menghadiri jemputan walimah-walimah yang banyak di kejiranan, kita juga dikejutkan dengan berita pemergian orang-orang yang kita sayangi ,satu demi satu. Begitulah sunatullah. Hidup ini disulam suka dan duka. Mahu atau tidak kita mesti redho dengan setiap ketentuan Ilahi. Pagi ini muslimat BD meluangkan masa menziarahi keluarga Misbah bin Sapar di Kg Sg Balai Darat. DMP BD turut sama bersimpati di atas pemergian ibunya ke hadrat Ilahi kira-kira jam 5:45 petang semalam. Kami difahamkan almarhumah mulai sakit pada hari Rabu lepas setelah terjatuh di bilik air.Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat di tanah perkuburan Parit Che Maja.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dimasukkan di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman. Ameen.
 
 


Wednesday, November 24, 2010

Ops Ketuk Pintu...

Suasana dalam rumah Pak Jemain,penunjuk jalan kami di rumah awam BD

sempat beli anak pokok di rumah bekas guru Kemas!

menelefon anak di rantauan bertanyakan pendaftaran pengundi baru

mengambil maklumat

puan rahmah mahadi yang terlantar akibat strok lebih dari 10 tahun di kg pasang api
PRU yang dijangkakan pada tahun depan sudah semakin hampir. Pelbagai isu semasa mewarnai sketsa politik tanahair kita yang tercinta ini. Walau apapun yang mendatang,sebagai pejuang tulen semuanya itu mesti ditangani dengan bijaksana. Pas BD telah melancarkan OKP@ops ketuk pintu baru-baru ini. Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk mengesan pengundi-pengundi baru yang masih belum berdaftar di dalam DUN Rungkup. Sesi pertama telah pun berlangsung pada 7hb.Nov yang lepas. Dan kita berjaya mendaftarkan anak-anak ahli kerna itulah sasaran utama kita. Dalam kelangsungan hidup kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa ada anak-anak ahli @ penyokong PR yang masih belum berdaftar .


Justeru DMP BD telah sama-sama turun padang dalam sesi yang ke 2  iaitu pada 21hb.Nov. Sasaran kali ini ialah di UPU2 Sg Ular,Sg Burung,Sg Balai Baroh,Sg Nipah Baroh,Pasang Api,Sg Pergam dan Bagan Datoh.Muslimat telah memilih kawasan perumahan awam di pekan BD yang mana di situlah kubu kuat BN!Berpandukan kepada penunjuk jalan yang menetap di situ,muslimat telah berjaya mengesan sejumlah pengundi baru yang masih belum berdaftar. Antaranya ada yang lahir pada 1974 dan tidak pernah mengundi! Dari maklumat-maklumat yang kami perolehi , kita memang ada penyokong di dalam diam! Mereka ini tidak mempamerkannya di khalayak tetapi menjelaskannya di kertas undi. Seorang bekas guru Kemas di situ pernah menjawab dengan lantang kepada muslimat bahawa tubuh badannya itu hidup dengan duit subsidi kerajaan!!! Kepada orang-orang sebegini kita tidak akan ulangi untuk merayunya kerna ternyata mereka masih kekal untuk tidak mahu berubah.


Dalam OKP kami yang terakhir di rumah seorang penyokong PR, kami nyaris-nyaris berundur kerna beliau menjawab salam kami dengan agak dingin..Ternyata sangkaan kami meleset. Setelah masuk ke dalam beliau dan suami menyatakan sokongan padu kepada PR.Malah si suami tidak malu-malu mengaku satu ketika dahulu dia seorang hardcore UMNO! "Saya dah banyak kali kena tipu..dibodoh-bodohkan..yang makin kaya orang atas,orang macam saya ni dapat apa?" "Anak saya keja Petronas..tahun ni dia tak dapat bonus..katanya wang untuk bonus Najib dah ambil untuk bagi pada orang lain...anak saya dan kawan-kawan dia marah betul!"..Demikian antara rintihan yang kami dengar pada hari OKP tengahari itu..


Pada sebelah petangnya muslimat menghala pula ke Kg Pasang Api. Di situ tidak banyak rumah yang dapat kami "ketuk" kerana tiada berpenghuni @ keluar bekerja. Dalam kesempatan  itu kami menziarahi seorang warga emas yang strok sebelah badan lebih dari 10 tahun. Semoga Puan Shamsiah  sekeluarga tabah dan sabar menjaga ibunya,insyaAllah pihak DMP BD akan datang  menziarahi beliau pada masa akan datang..Pas BD akan meneruskan lagi OKP ini pada awal Disember.Kali ini destinasinya menghala ke Sg Batang,Sg Haji Muhammad,Tebuk Bengkang,Tebuk Haji Tahir dan UPU2 yang telah disenaraikan. Kita mengharapkan agar usaha yang kita lakukan ini dapat membantu kita dalam memenangi kerusi DUN Rungkup dalam PRU akan datang. "Kalah menang bukan alasannya..sucikanlah niat di hati,hingga nyata benarnya janji Rabbi". Takbir!!!